2 Apr 2012

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE







Hi & selamat petang semua...hari ni saya nak share resepi chocolate indulgence yang sdh dua hari saya bersabar untuk menyiapkannya : ) Sebenarnya saya dah share resepi ni tapi saya nak cuba buat lagi sebab tak puas hati dengan hasil kek yang pertama sekali. lni lah hasilnya, sungguh moist & tastes super fantastic!!! Tak tahulah kalau sesedap rasa chocolate indulgence SR tapi saya memang sangat2 berpuas hati dengan rasanya : )


Cake ni memang sungguh mencabar, perlukan kesabaran & teknik untuk membuatnya..Hmm kalau nak buat kek ni kena baca betul2 setiap arahan & rancang masa sebaiknya sebab at least perlukan dua hari baru dapat hasil cantik macam ni....anak2 saya pun asyik buka tutup peti sejuk, tak siap2 jugak kek ni,hehe...Well, here's the recepi...gud luck everyone : )





Chocolate indulgence cake

Chocolate chiffon:


Bahan A
30g cocoa powder - larutkan dgn 120ml air suam
4 biji kuning telur - asingkan putih & kuning
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
60ml minyak jagung @ butter- cairkan
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara2:
1. Panaskan oven pd suhu 180C. Satukan bahan A & pukul hingga kembang menggunakan high speed.


2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B  hingga kental guna high speed.


3. Kaup balikkan bahan A ke dalam B. Tuang dalam loyang 9' & bakar selama 40 min atau hingga masak.




4. Angkat dari loyang & terbalikkan atas wire rack, sejukkan sepenuhnya, trimkan bahagain atas kek supaya rata & potong kepada 4 lapisan.




Chocolate mousse: 
200g dark chocolate
2 kuning telur - pukul sikit
2 putih telur - dipukul hingga kembang
60g gula kastor
1/2 tbsp butter
250ml whipping cream - pukul hingga pekat
1  1/2 tbsp gelatin
50ml air
(simpan sdikit adunan untuk di sapu tipis pada kek)



Cara2 membuat chocolate mousse:
1. Rendam gelatin dgn air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.



2. Cairkan coklat secara double boiler, masukkan kuning telur diikuti butter & campuran gelatin tadi, gaul sebati. Angkat.




3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur & gula hingga kembang, kaup balikkan dalam adunan coklat yang masih panas, kemudian masukkan whipping cream yang telah di pukul, gaul rata. 







4. Jika chocolate mousse masih lagi cair setelah di masukkan gelatin, simpan dulu dlm peti sejuk baru di sapu pada kek.




White chocolate mousse:
200g white chocolate
100ml UHT fresh milk
2 kuning telur - pukul sikit
2 putih telur - pukul hingga kembang
60g gula kastor
250ml whipping cream - pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air



Cara2 membuat white chocolate mousse:
1. Rendam gelatin & air hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.



2. Cairkan white chocolate secara double boiler, masukkan kuning telur diikuti campuran gelatin tadi, gaul sebati. Angkat.



3. Dalam mangkuk lain, putar putih telur & gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan white chocolate yang masih panas. Kemudian, masukkan susu & whipping cream. Gaul rata.






4. Masukkan mousse kedalam peti sejuk selama 4 jam hingga beku. Kemudian keluarkan & pukul guna high speed hingga pekat & bertanduk. Sebaikknya white chocolate mousse di sediakan sehari lebih awal sebelum membuat kek & simpan dalam peti sejuk. Pukul hingga kembang baru sapu atas kek.




Chocolate ganache topping:
150ml whipping cream
350g dark chocolate
1 tbsp butter - cairkan



Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.


2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.



Cara2 melapis kek:
1. Potong chiffon kepada 4 lapisan.



2. Lapisan pertama: Letak kek dalam loyang 9' loose base tin (saya guna cake ring). Tuang white chocolate mousse atasnya & ratakan.





3. Lapisan kedua: Letak kek atas lapisan pertama, tuang chocolate mousse atasnya & ratakan.


4. Lapisan ketiga: Letak kek atas lapisan kedua, tuang baki whote chocolate mousse & ratakan.

5. Lapisan terakhir: Letak kek di atas lapisan ketiga & simpan dlm peti sejuk semalaman.



6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis chocolate mousse keseluruhan kek & simpan sekejap dlm peti sejuk hingga keras.






7. Letak kek atas wire rack (lapik dgn parchment paper supaya senang di bersihkan) & tuang chocolate ganache topping, biarkan coklat mengeras. Tanggalkan lapik & simpan dalam peti sejuk.





8. Potong menggunakan pisau yang di rendam dalam air panas, lap & potong kek.





Selamat mencuba : )












My chocolate indulgence cake....






15 comments:

cik aiEn said...

nyum nyum~ mesti sedap....
nak try..
boleh tolong ajar mcm mane buat kek coklat kukus x? dengan coklat ganache..

Evelyn Gemina said...

Cik aien...ble cuba try resepi ni...


Steamed chocolate cake

Bahan2 kek:
200g tepung superfine / tepung gandum (ayak 3x)
100g serbuk koko (high quality)
1tsp baking powder
1tsp soda
1tsp vanilla essence
3 biji telur gred A
200g gula caster
1 cup minyak jagung
1 cup susu pekat
1 cup air panas

Chocolate ganache topping:
150ml whipping cream
350g dark chocolate
1 tbsp butter - cairkan

Cara2 membuat kek:
1.Ayak bersama tepung,soda,baking powder & cocoa powder.
2.Dlm mangkuk lain, pukul telur,vanilla,susu pekat dan gula.
3.Masukkan campuran tepung & kacau sebati.
4.Masukkan minyak jagung & kacau perlahan-lahan hingga sebati.
5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
6.Griskan acuan bulat 8' dan alaskan dengan parchment paper.
7.Tuangkan adunan kek dlm loyang & kukus selama 50 - 1 jam atau hingga kek masak.

Cara2 membuat topping:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.

cik aiEn said...

Thanks a lot...tapi nk tnye , mase kukus tu , cover pgukus tu kene balut dgn kain ke???

Evelyn Gemina said...

Ya sebaik-baiknya supaya air tak menitis atas kek ; )

cik aiEn said...

Ok.. thanks so much :)

Fatin said...

hai. saya dah try buat kek ni. tapi bila dah bakar kek saya tak naik pon. kenapa ye?

Evelyn Gemina said...

Hi fatin, kek x naik ada banyak sebab tu, mungkin kek lambat dimasukkan kedalam oven atau semasa proses pembakaran, oven kerap dibuka...semasa prose mangadun pun kek ble jadi tak naik jika tersilap pd mana2 langkah..

AhliaSaleh said...

Sedapnyeww...nak buat pun mencabar.

mencari cinta said...

sis...sy copy resepi ye nk cube buat kek ne nnti

Shiema said...

hi sis,

sedapnya...tak sabar nak try buat.
Nak tanye...kalau coklat chiffon dalam kek ni saya ganti dengan coklat moit ok tak?

Anonymous said...

wooow,,,payahnya,,patut arH mahak kek ni kat SR,,,ngee

Norfanil said...

buat ni hari ni...
silap tang white mouse tuh..
adehh.. lepas beku kan dalam peti lupa nak pukul..
then takde bekas yang tinggi untuk layer kek... so sgt la x jadi kek tuh..
tapi boleh la makan..
nak amik gambo pun segan sbb comot sbb masuk dlam tupperware.... kekeke

Dyana Dia said...

i wanna try diz but kalau sukatan tu tukar ke cawan macam mane ye..

ppBalqish Nur said...

Sy dh try tp bab last tu x cantik sgt sbb silap teknik.nk minta u kongsikan guna bhn dan jenama sbb nk yg sedap.huhu.lagi satu mouuse coklat n putih tu mcm x selembut SR..sebab tlebih grlatin ke ek...tq

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Takyah dahlah pergi secret recipe lagi dah lepas ni.

Merancang Masa Yang Terbaik Dan Tepat Untuk Hamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...