6 Mar 2012

KARAMEL CHEESE PUDDING


Hello semua kawan2...bertemu kembali, hmm hari ni saya busy sikit driving ke sana ke mari shopping bahan2 untuk mebuat kek, letih jugak tapi semestinya akan meluangkan sedikit masa untuk entry hari ni. Baiklah, hari ni ni saya nak kongsi pula satu resepi pudding yang sungguh sedap, sedap hingga menjilat pinggan,hehe...Karamel cheese pudding, sedap sungguh pudding ni tapi kalau yang tengah berdiet tu, ehem ehem...makan sepotong saja la k : ) 




Rasa pudding agak berkrim & memang terasa sangat cheesenya tu, asal resepi tak banyak sangat guna cheese tapi saya dah ubah sikit, saya tambah sikit cheese dalam resepi. Maklumlah saya ni pun penggemar kek atau kuih yang ada cheese jugak, lagi banyak cheesenya lagi bagus,haha. Ok la jom kita tengok pula bahan2nya...


Karamel cheese pudding


Karamel:
3 tbsp gula
2 tbsp air
1 biji kulit lemon di parut


Pudding:
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
400g susu segar
5 biji kuning telur
1 tsp vanila


Cara2:
1. Masak gula & air dalam loyang hingga keperang-perangan (jangan gaul). Matikan api & parutkan kulit lemon di atasnya.


2. Pukul cream cheese sampai kembang, masukkan esen vanila, susu pekat & kuning telur.


3. Panaskan susu segar & tuang dlm adunan tadi. Gaul sebati & tuang dalam loyang.


4. Bakar dalam loyang berisi air pada suhu 160 C selama 40-50min hingga tengah pudding masak. 


5. Simpan dalam peti sejuk sebelum di hidang.






Karamel cheese pudding



4 comments:

Anonymous said...

jap g nk try!! hehehe

Anonymous said...

salam..utk susu pekat tu tin besar ke kecik?

Evelyn Gemina said...

Saiz tin yang biasa saja, kecil...

pelangi petang said...

hai Evelyn ...
puding ni kalo dikukus bleh tak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...