29 Mar 2012

CHOCOLATE ORANGE CHEESE TART


Selamat petang semua...hari tu saya ada buat chocolate orange cheese tart ni tapi belum berkesempatan nak share resepinya....saya buat mini size saja untuk cheese tart ni, easy to bite : ) Sebenarnya saya nak buat mint flavour cheese tart guna daun pudina fresh yang saya tanam tu tapi saya dah guna orange juice dalam filling, banyak sangat flavour, maka tak jadilah saya guna mint flavour, guna sebagai hiasan sajalah ; )



Cheese tart ni memang sungguh harum aromanya...makan pun tak pandai bosan, lagi sedap kalau sdh sejuk sebab chocolatenya dah keras...marbeles!!! Kalau nak ubah coklat tu dengan filling yang lain pun boleh jugak, ikut citarasa masing2...Ok la selamat mencuba semua : )






Chocolate orange cheese tart

Pastry:
150g cold butter 
50g gula kastor
2 biji kuning telur 
1 tsp vanilla Essence 
250g tepung gandum

Filling:
250g cream cheese - room tempt
50g mentega - room tempt
60g gula aising 
1 biji telur grade A
1 tbsp orange / lemon juice
100g cold heavy cream
40g melted chocolate untuk hiasan (ble ganti guna inti blueberry,strawberry atau kiwi) 

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul mentega sejuk bersama gula sampai lembut. Masukkan kuning telur & pukul lagi.

2. Kemudian, masukkan tepung & uli sampai jadi doh. Kalau doh masih melekat, masukkan dlm peti sejuk 20 minit. 

3. Ambil sedikit doh & bentukkan dgn kemas dlm acuan tat. Buat hingga habis & bakar dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 10min atau sampai kekuningan. Keluarkan & sejukkan sekejap.


Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese, mentega & gula aising sampai gebu. Perahkan jus oren/lemon & pukul lagi. Masukkan telur & gaul hingga sebati, kalau adunan agak berair, jgn risau ketepikan dahulu adunan sebentar (adunan cair sbb jus lemon tadi).

2. Dlm mangkuk besar yg lain, pukul cold heavy cream sampai kembang . Campurkan kedlm adunan tadi. Selepas mencampur adunan akan pekat & berkrim semula.

3. Guna piping bag dgn nozzle & paipkan inti kedalam kulit pastry yg dibakar tadi. (Ble jgk guna sudu biasa). 


4. Masukkan tart dlm oven oven & bakar selama 15 minit atau sampai inti cheese tu kembang tapi jgn sampai merekah. Apabila masak, sejukkan dulu baru paipkan coklat cair di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam.











Chocolate orange cheese tart



3 comments:

Wani said...

salam singgah dan salam kenal.. follow blog ni ya .. emm bestnya cheese tart ada choc lagi kat atas tu :))

Evelyn Gemina said...

Hi kak Wani,salam perkenalan...tq sbb sudi singgah & follow...cubalah buat cheese tart ni, memang sedap bila dimakan sejuk : )

Anonymous said...

kak noor pun nak cubalah..harap menjadilah tangan kak noor ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...