Welcome to my blog : )



Hi & welcome everyone....

Thanks for your visit to my blog (www.mybakingworkshop.blogspot.com)....

This blog is about sharing my baking & cooking recepi. Hope you'll enjoy & leave a comment for any recepi that you like...tq : )

24 May 2013

MACADAMIA COFFEE BUTTER CAKE



Assalam semua...

Wah kek lagi hari ni, tapi kali ni buat buttercake yang simple saja untuk minum petang, sudah jemu asyik makan cheesecake saja selalu, hehe...






Resepi butter cake ni saya ubah suai daripada resepi 'Alex Goh' coffee butter cake, saya gantikan bahan almond nibs tu dengan macadamia nuts, lemak2 rasanya, sedap sekali di celup dalam teh panas :)

Bagi kawan2 yang tak sukakan kek perisa kopi, bolehlah gantikan bahan coffee paste tu dengan coklat paste, pasti sedap juga.

Oklah kawan2 semua, saya pun tak dapat mau cerita panjang2 sebab masih ada perkara lagi yang perlu di selesaikan, maka jom kita terus saja kepada resepinya k....selamat mencuba...






Macadamia coffee butter cake

Bahan2:
A
275g butter/ marjerin
230g gula kaster (saya guna 200g)
230g tepung superfine 
1 sk baking powder
2 sb coffee paste

B
5 biji telur

C
60g Almond nibs ( saya guna kacang macadamia), dicincang

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan2 A hingga lembut.

2. Masukkan bahan B sedikit2, pukul hingga sebati selama lebih kurang 4 - 5 min pada kelajuan sederhana.

3. Tuang 1/2 adunan kek ke dalam loyang segiempat bersaiz 9' yang telah di griskan & dilapik dengan kertas minyak. taburkan sedikit kacang macadamia atasnya.

4. Tuang lagi baki adunan kek, taburkan lagi kacang macadamia.


5. Bakar pada suhu 160 C selama 45 min atau hingga kek masak.

6. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya.



Selamat mencuba...









21 May 2013

BLUEBERRY CHEESECAKE




Assalam & gud afternoon everyone.....

Hari ni resepi kek lagi ya, tak pernah jemu2 saya ber'experimental' dengan kek ni, kalau tak membaking sehari memang rasa semacam saja, hehe. Tunggu super exhausted baru mencari-cari masa untuk berehat.

Kalau menjadi syukur alhamdulillah, kalau tak menjadi, syukur jugalah, buang dalam perut :) Maklumlah masih banyak lagi yang perlu di pelajari, resepi dalam buku pun banyak lagi yang menunggu giliran untuk di cuba...







Resepi kek ni saya modified daripada resepi blueberry cheesecake by 'Catherine Lau', memang sedap & super creamy!!! Tak rugi mencuba, cuma basenya saya ubah sedikit ikut citarasa.









Perfect taste, not too sweet & delightfull !!! Kalau memang suka makan cheescake, this is one of the best choice....

Bila sudah potong lagi dahsyat, hmmmm...x sabar rasanya!!!








Kepada kawan2 semua yang sudah tak sabar ingin mencuba, hehe....Tips saya...

1. Pastikan cream cheese dipukul sampai lembut telebih sebelum masukkan bahan2 yang lain supaya teksturnya tidak berketul2.


2. Tuang air yang mencukupi semasa membakar kek menggunakan kaedah steam bath, untuk mengelakkan membuka tutup oven. Supaya suhu stabil.

3. Bakar cheescake menggunakan api bawah sahaja untuk mendapatkan kek yang masak sekata. Bahagian tepi sudah keras & bahagian tegah masih lembut sedikit.

4. Apabila kek sudah masak, biarkan dalam oven 30 min dengan pintu oven tertutup. Alihkan air & sejukkan sepenuhnya dalam oven dgn membuka pintu sedikit. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

5, Potong cheesecake guna pisau yang di celup dalam air panas & di lap bersih.










Blueberry cheesecake

Base:
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits, saya guna 100g
100g oreo di hancurkan, optional - saya tambah
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.

2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.

3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.


Filling:
500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling

Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.

2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.

4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya. 

5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.

6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.

7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.


Topping:
1 sk serbuk gelatin
30 ml air
150g blueberry pie filling

Cara2 membuat topping:
1. Satukan serbuk gelatin & air. Biarkan 5 min.

2. Cairkan gelatin guna double boiler.

3. Satukan dengan blueberry pie filling. Gaul rata.

4. Tuang atas kek yang telah di sejukkan.



Selamat mencuba...





18 May 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE




Assalam & selamat malam semua....

Kek lagi hari ni?? hehe...harap kawan2 jangan bosan ya....









Hari ni buat moist chocolate cake lagi. Teringin mau makan kek tapi nak buat yang senang2 saja, so this is the best choice....








Resepinya saya copy paste saja dari resepi yang saya pernah cuba dulu, memang best resepi moist chocolate cake by Amy Heng ni....














Amacam ok tak???hehe... Punyalah saya tak sabar mau potong kek ni tadi, memang betul2 mengidam mau makan kek. So kawan2 semua, kalau teringin mau cuba sendiri, resepinya skodeng di bawah tu k.












Moist chocolate cake

Cake:
A
250g butter
400g brown sugar
1 1/2 sk esen vanila

B
4 biji telur, pukul sedikit
325ml air / susu segar

280g superfine flour
70g serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
3/4 sk baking soda
1/2 sk garam (saya x letak)

Chocolate topping:
80g tepung jagung
70g serbuk koko, ayakkan
1/2 sk garam, ayakkan (saya x letak)
250g gula kaster
1 1/2 sk esen vanila
170ml air
1 1/4 cawan susu cair
3 biji kuning telur
80g butter, suhu bilik

Cara2 membuat cake:
1. Panaskan oven. Griskan loyang bulat bersaiz 9" & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan2 A hingga lembut & berkrim.

3. Kemudian, masukkan telur yang telah di pukul sedikit dari bahan2 B tadi, masukkan sedikit demi sedikit. 

4. Masukkan pula bahan2 C berselang seli dengan air / susu segar (bahan B). Pukul sebati.

5. Tuang ke dalam loyang yang di sediakan. Bakar selama 35 - 40 minit. Sejukkan sepenuhnya.

Cara2 membuat chocolate topping:
1. Satukan semua bahan2 topping kecuali butter dalam mangkuk tahan panas, masak guna double boiler sambil mengaul hingga agak pekat sedikit.

2. Kemudian, masukkan butter, gaul rata. Tuang atas kek. Hiaskan.



Selamat mencuba....











16 May 2013

KARIPAP PUTAR INTI SARDIN




Assalam & selamta malam semua....

Hari ni saya merajinkan diri buat karipap putar pula. Dah berhari2 teringin mau makan, hmmmm.....

Rupanya x secantik seperti Karipap putar yang saya pernah buat dulu, tapi rasanya memang marbeles!!!





Resepi untuk karipap putar ni saya pernah sharekan dulu disini. Saya masih lagi menggunakan resepi pastri yang sama, cuma saya tukarkan intinya dengan inti sardin, 

Untuk langkah2 membuat pastri berserta gambar sebagai panduan, kawan2 semua boleh lihat pada link di atas tu k.

Well, sekarang mari kita lihat resepinya pula....







Karipap putar inti sardin

Bahan2 pastri:
A
450g tepung gandum
1/2 tsp garam
3 sudu besar shortening
230 - 240ml air sejuk

B
250g tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
150g margerin

Cara2 membuat pastri:
1. Satukan bahan2 A kecuali air sejuk. Gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul hingga menjadi doh.

3. Bulatkan doh menjadi beberapa biji bebola. Ketepikan.

4. Dalam mangkuk yang lain, satukan pula bahan2 B hingga menjadi doh.

5. Bulatkan juga menjadi bebola, sama banyak seperti doh bahan A tadi.

6. Leperkan satu bebola bahan A secara membulat, letakkan sebiji bebola bahan A di tengah2nya, bungkus kemas.

7. Canaikan satu doh memanjang, gulung kemas secara menyiring. Canaikan lagi memanjang. Gulung semula dari atas.

8. Kemudian, potong doh kepada dua bahagian, canaikan membulat. Terbalikkan & letak doh yang di canai atas acuan karipap.

9. Isikan inti & kelim tepi2nya. Letakkan dalam bekas & sejukkan dalam peti sejuk beku selama 1 jam.

10. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat & toskan minyak.


Inti sardin:
1 tin sardin, asingkan sosnya & hancurkan isinya
2 sb sos ikan sardin (dari tin)
2 biji bawang besar, di cincang
1 biji bawang merah, dicincang
4 biji bawang putih, dicincang
2 sb cili boh
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara2 membuat inti:
1. Tumis semua bawang hingga naik bau. 

2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan ikan sardin & sosnya. Gaul rata. Masukkan garam & gula. Gaul lagi hingga masak & sebati.

4. Angkat & sejukkan hingga sedia untuk di gunakan.


Selamat mencuba...






14 May 2013

BLACK FOREST CHEESECAKE



Assalam semua...

Masih belum terlambat rasanya saya ucapkan selamat hari ibu kan??hehe.

Hepi mother's day saya ucapkan kepada diri sendiri (hehe), to my beloved mom, mother in law, semua kawan2 yang mengenali diri saya & para pengunjung setia blog saya yang tak seberapa ni :)






Baru sekarang dapat merasa kek dek kesibukan membuat tempahan kek sejak beberapa hari yang lalu, syukur alhamdulillah & terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 semua yang sudi meng'order' ; )

Well, hari ni saya buat black forest cheesecake pula. Resepinya saya ambil daripada buku 'Cheesecake seduction'. Memang best kek ni, sungguh berkrim & tak manis sangat.

Perasan tak pada gambar di atas sekali tu saya xda letak parutan coklat tepi2 kek??? Hehe, sebenarnya saya memang nak kek ni plain saja tapi kan terlebih rajin sudah, maka jadilah sudah lain2 versi :)








Baru saya perasan, hari ibu tahun lalu pun saya buat black forest cake juga, cuma buat versi steam, boleh pulak jadi macam tu ya, hehe...

Resepinya disini.....

Oklah, jom kita lihat pula resepi Blck forest cheesecake ni :)








Black forest cheesecake

Base:
90g butter, suhu bilik
17og digestive biscuits, hancurkan halus
2 sb gula perang
3 sb serbuk koko
50g cornflakes, di ramas kasar

Cara2 membuat base:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil.

2. Masukkan semua bahan2 yang lain, kacau rata. Gaul pada api perlahan hingga bau wangi keluar. Matikan api.

3. Tuang & tekan dalam loose base tin bersaiz 9'.

3. Sejukkan sepenuhnya. Tutup & simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.


Sponge cake:
4 biji telur gred A
250g chocolate sponge mix
60ml susu segar
1/2 sk esen vanila
90g butter, dicairkan

Cara2 membuat sponge cake:
1. Satukan semua bahan kecuali butter dalam mangkuk mixer, pukul pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi lembut & sebati.

2. Masukkan butter yang telah di cairkan, kaup balikkan perlahan2.

3. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 9'. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau hingga kek masak.

4. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack. Potong kepada 2 lapisan.


Filling:
500g cream cheese
100g gula kaster
1 sk esen vanila
2 sb serbuk gelatin + 100ml air (double boil)
500ml UHT whipping cream
425g cherry dalam tin, saringkan airnya
100ml cherry syrup (dari tin)

Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese, gula & esen vanila hingga lembut.
2. Masukkan campuran gelatin tadi yang telah di cairkan & whipping cream, pukul hingga  adunan sebati.

2. Bahagikan adunan sama banyak kepada 3 bahagian.

3. Tuangkan satu bahagian cheese filling ke dalam loose base tin berisi base tadi. Kemudian masukkan sedikit cherry. Masukkan pula satu lapisan chocolate sponge cake. Beruskan atas kek dengan cherry syrup. 

4. Kemudian, tuang pula satu lagi bahagian cheese filling & cherry. Lapiskan dengan lapisan kek yang kedua, beruskan lagi sisa cherry syrup atasnya.

5. Akhir sekali, tuangkan bahagian cheese filling yang terakhir. Tutup & simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman hingga filling keras.


Topping:
1/2 sb serbuk gelatin
150ml cherry syrup ( dari tin)

Cara2 membuat topping:
 1. Satukan gelatin & syrup, biarkan 5 minit. 

2. Cairkan guna double boiler. Sejukkan.

3. Susun cherry atas kek. Tuang topping & simpan dalam peti sejuk hingga topping keras.




Selamat mencuba...






4 May 2013

CENGKODOK PISANG AKA JEMPUT2 PISANG




Assalam & selamat petang semua..

Wah agak lama juga saya tidak meng'update' entri di sini. Selalu low bateri saja semenjak dua menjak ni, hehe...


Hari ni untuk minum petang saya buat cengkodok pisang saja, tak larat mau bake yang special2. Janji layannnn...

Sebenarnya resepi ni bukanlah resepi cengkodok aka jemput2 pisang yang paling special, malah mungkin tidak setanding kawan2 punya, hehe. Tapi kalau sudi saya mau share juga resepi yang tak seberapa aka resepi campak, resepi yang simple & mudah saja, hehe..

Saya pernah sharekan juga versi resepi jemput2 pisang di sini & di sini, bolehlah kawan2 semua mencuba mana2 yang berkenan k :)








Cengkodok pisang

Bahan2:
5 biji pisang berangan atau jenis pisang kesukaan
250g tepung naik sendiri
3 sb gula kaster
1 sk esen vanila
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Kupas kulit pisang & letakkan dalam mangkuk. Lecekkan pisang tadi.

2. Masukkan gula & esen vanila, gaul rata.

3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. Jika adunan masih lembik, tambahkan lagi sedikit tepung. Jika adunan agak kering tambahkan sedikit air.

4. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga keperang-perangan. Angkat & toskan minyak.


Selamat mencuba...






22 Apr 2013

RAINBOW FROSTING MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE




Assalammualaikum semua...

Well hari ni saya mau tayang kek lagi k, jangan marah, hehe...







Buat lagi kek ni sebab tak puas makan masa buat Spiderman cake for my son bday tiga hari lepas, sekelip mata saja kek ni sudah abis. Memandangkan bahan pun masa ada, apalagi....jomlah...






Resepinya keknya masih lagi menggunakan resepi Marble japanese cotton cheesecake, cuma saya layerkan dengan mascarpone creamcheese frosting yang saya colourkan dengan rainbow colour.

Many thanks to my beloved husband for such a wonderful idea, dia memang selalu bagi komen & idea2 dekorasi untuk kek saya ;)

Jika ingin mencuba resepi JCCC yang plain tanpa marble, bolehlah lihat disini k.







Kepada yang ingin mencuba, kali ni saya sertakan sekali resepinya, silakanlah men'skodeng' ya.....








Rainbow frosting marble JCCC

Cake:
A
160g cream cheese
25g butter
120g full cream milk

B
40g tepung kek / gandum
30g tepung jagung

C
4 biji kuning telur

D
4 biji putih telur 
1/8 sk cream of tartar
100g gula kaster
Secubit garam

E
1 sb serbuk koko
1 1/2 sb air panas (tambah jika kurang)


Cara2 membuat cake:
#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.

1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.

2. Masukkan bahan B, gaul sebati.

3. Masukkan pula bahan C.

4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.

5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.

6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.

7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.

8. Satukan bahan E, tuang sedikit2 atas kek & swirlkan untuk membentuk marble.

9. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja. 

10. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya. 


Rainbow frosting:
125g mascarpone cheese
125g cream cheese
60g gula aising
1 sk esen vanila
150ml fresh cream
Food colouring- Merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu

Cara2 membuat frosting:
1. Pukul cream cheese, gula aising & vanila hingga lembut.

2. Masukkan mascarpone cheese, pukul lagi. 

3. Kemudian, masukkan fresh cream sedikit demi sedikit, pukul hingga pekat.

4. Bahagikan frosting kepada 6 bahagian & warnakan dengan food colouring. Masukkan kedalam piping bag.

5. Potong kek kepada 2 lapisan & paipkan frosting atas kek berselang seli.

6. Sejukkan baru dipotong.



Selamat mencuba...







19 Apr 2013

SPIDER CAKE & A HAPPY BDAY TO MY DANIEL HAKEEM!!!





Assalammualaikum semua...

Syukur alhamdullillah, hari ini genap 4 tahun usia my one & only son Daniel Hakeem :)







Tak pernah bosan saya melayan karenah babyboy yang dah besar sorang ni, memang sangat manja & kuat makan, hehe

Tapi memang susah mau tangkap gambar c daniel ni, memang tak ikut arahan punya, paling2 pun satu posing saja dia pandai, 'peace', hahaha













My daniel ni memang minat sangat dengan kartun spiderman, ultraman & yang seangkatan, tapi cuma kek spider ni saja yang saya mampu buat, gembira bukan main lagi dia, hehe..












Untuk menunya pula saya sediakan yang simple2 saja, Rosemary grilled chicken & cucumber & tomato salad...






Resepi untuk kek ni saya guna resepi marble japanese cotton cheesecake. Untuk frosting pula, saya guna cream cheese frosting yang di warnakan.







Maaf sebab saya tak taip resepinya disini, li
ne kurang ok, so untuk mencuba bolehlah klik pada link yang saya bagi tu k...







Happy birthday Daniel....